
<Doa Tatkala Kesedihan Dan Masalah Menimpa>
Tidaklah seseorang itu yang apabila kesusahan dan kesedihan
menimpa dirinya, lalu dia membaca:
اللَّهُمَّ إِنِّي
عَبْدُكَ ، وَابْنُ عَبْدِكَ ، وَابْنُ أَمَتِكَ ،
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba Mu, anak kepada hamba
lelaki dan perempuan Mu,
نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ،
ubun-ubunku ada di Tangan Mu,
مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ ،
telah berlalu padaku hukum Mu
عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ
،
adil pada ku ketentuan Mu
أَسْأَلُكَ بِكُلِّ
اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ،
Aku meminta kepada Mu dengan seluruh Nama yang Engkau miliki,
yang Engkau menamakannya untuk Diri Mu
أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي
كِتَابِكَ ،
atau yang Engkau turunkan dalam kitab Mu
أَوْ عَلَّمْتَهُ
أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ ،
atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang daripada makhluk Mu
أَوْ اسْتَأْثَرْتَ
بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ ،
atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang Engkau miliki.
أَنْ تَجْعَلَ
الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي ،
Jadikanlah Al-Qur`an sebagai musim bunga (penyejuk) hatiku
وَنُورَ صَدْرِي ،
dan cahaya dadaku,
وَجِلَاءَ حُزْنِي ،
pengusir kesedihanku
وَذَهَابَ هَمِّي ،
serta penghilang kegundahanku
melainkan Allah akan menghilangkan kesusahan yang ada padanya
(iaitu pada orang yang membaca doa di atas), dan menggantikan kesedihan dengan
kegembiraan.
Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, adakah kami perlu
mengajarkannya doa ini kepada orang lain?
Baginda sallallahu 'alaihi wassalam menjawab: Sudah tentu!
Sesiapa yang mendengarnya wajar mengajarkannya.
[Musnad Ahmad : 4167. Shaikh Ahmad Syakir menyatakan: Isnadnya
sahih]
0 comments